Friday, February 25, 2011

Laskar Pelangi

Seorang sahabat pernah mengajak aku, 'amar, baik ko tengok cite nih, best..aku memang rasa agak semangat jugakla..' lebih kurang katanya begitu. aku yakin cerita ini best walau belum pernah menontonnya kerana yang kata itu adalah sahabat aku yang hampir sama 'taste' dengan aku. (siapa ya?) lagi-lagi, dia meminta aku menonton ketika aku bosan, dalam lingkungan exam.. (tahun lepas rasanya)

banyak kali cuba menonton, tapi tak ada jodoh, alasannya mudah,tiada subtitle, tak faham dong! begitulah..
sampai ke hari ni, ketika menjadi penunggu sepenuh masa di rumah, astro tiba-tiba menayangkan 'laskar pelangi' sempena maulidur rasul. wah, peluang baik! Jodoh kita di sini rupanya. mati-matian aku 'cup' tv siap2 malam itu. dan malam itu, hatiku menuju ke arah pelangi.

lintang, mahar, ikal, lagi siapa? lupa.. memang seronok,
biarpun miskin, tetapi impian jangan dibiarkan.. jangan mudah menyerah boy(mengalah)

kulit buku 'Laskar Pelangi'

guru yang mantap, aku yakin kita punya ramai guru sebegini bahkan lebih hebat lagi

Lintang, si genius, math dia laju tanpa kalkulator (pensil)

Ikal yang terpukau dengan kilatan kuku seorang awek Cina.

Festival yang membuka mata orang kepada SD Muhammadiyah.
Guru: Mahar, ingat kita tiada peruntukan
Mahar : Jangan bimbang pak, serahkan aja pada Mahar dan alam (dan di atas adalah hasilnya)

Lintang yang kematian ayah, terpaksa berhenti belajar untuk menyara keluarga.
Dia yang selalu awal ke kelas, dia juga yang paling awal keluar.

namun, Laskar Pelangi akan terus mengejar Mimpi

Novel 'Sang Pemimpi', filemnya pun sudah lama keluar.


akhirnya, di Eropah.


begitulah..
serba sedikit kisah perjalanan Ikal dan para sahabatnya.
kisah ni, bagi aku seperti kisah benar penulisnya atau tak?
entahlah..waAllahua'lam...
apa2 pun bersyukur kepada Allah, setelah menonton cerita ini,
sedikit sebanyak aku sudah mulai 'takut' untuk berbelanja berlebih-lebihan
manusia lain sedang bertungkus-lumus mennggapai impian, aku di sini masih terpinga-pinga,mencari jalan mana yang perlu dilalui..
Muhasabah itu perlu kan?

'hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya'

No comments:

Post a Comment