25hb Januari 2011
Kejadian yang berlaku baru-baru ini banyak membuka mata dunia. Mata yang diberi petunjuk oleh Allah.
Semenjak dari hari peperiksaan universiti 15hb Januari 2011, kita jarang keluar rumah(kecuali makan-makan selepas exam), menghadap buku hampir 24 jam walau bukannya dalam sehari. Exam akhir tahun lepas telah banyak membuatkan pelajar lebih berhati-hati pada tahun ini.
apa kena-mengena SPM dengan post nih? adeih...
Dalam diam-diam, 25hb menjadi titik permulaan bagi rentetan peristiwa yang mendatang. Demonstasi berlaku.
26hb exam terakhir pelajar tahun 3 kaherah. Syukur walau 3, 4 soalan tersungkur .
27hb kami dinasihatkan tidak keluar pada esoknya. Sesuatu yang besar akan berlaku. Jantung masih berdegup tapi tidak sekencang pada malam 28hb.
Esoknya, semua menanti di balkoni atas imarah dengan pelbagai perasaaan. Tediam melihat rakyat melawan polis. Mampukah kita menjadi seberani mereka? Persoalan dijawab dengan muhasabah sendiri. (sorila, gambaq xdak, ad prob SD card)
Jeritan dan teriakan mula kedngaran pabila kepulan asap menjengah mata dan hidung kami. Begitu rupanya perasaaan dan keadaan menghidu asap pemedih mata.
Air mata mnegalir tanda kesakitan. Setengah jam sebelum Maghrib, keadaan menjadi memilukan. Akhirnya perjuangan rakyat yang berhempas pulas melawan serangan, penantian kami yang menonton dari atas, berakhir pabila skuad rakyat Berjaya menghalau polis dari kawasan masjid Sayeda Zainab. Dan tatkala itu, air mata berkumpul di sudut mata tanpa sekepul asap pemedih pun di udara. Kenagan yang tak dapat dilupakan.
Malam itu pula kami dikejutkan dengan berita ‘Banduan beribu-ribu terlepas’. Sudah! Jujurnya aku memang tak dapat tidur malam tu. Bersengkang mata aku berjaga, dengan laptop sebagai teman setia, walau hati gundah gulana. (wah, puitis ayat nih) tapi keletihan mengatasi segalanya,akhirnya Allah izinkan jua aku tidur walau sejam dua. Syukur. Baru aku tahu insomnia tu agak menyakitkan.
Dan pada hari berikutnya mendapat arahan untuk berpindah ke Arma. Jujurnya aku katakan aku tak risau akan keselamatan kami ketika demo diadakan.’Rakyat yang berdemo tak ganggu kami, mereka hanya nak HM turun ja’ berkali-kali aku menenagkan orang ramai yang panik, terutamanya yang di Malaysia. Tapi bergoncang juga kekuatan diri pabila mendengar banduan pula yang melepaskan diri.
APA YANG ALLAH NAK TUNJUK? APA YANG ALLAH NAK KITA BUAT?
Begitulah kisahnya, siapa sangka keadaaan akan menjadi sedasyat ini.(dasyat?) Daripada perancangan untuk ke LA, PwTC, WEB, dan sebagainya berakhir dengan program OPS Piramid ni. Awat sampai kat ARMA ja? bukan panjang lagi ka? huh, yang nak baca nih pun bukan kita2 ja ka, so line story hampir sama ja, cuma perasaan ja yang berbezza-beza.
“korang nampak, dalam sekelip mata saja, keadaan dan twist menjadi yang tak disangka-sangka”. Ya, insyaAllah semua orang nampak.
Sedar tak sedar sebenarnya, semua yang berlaku sudah lama terltulis di Luh Mahfuz lagi. 25hb berlaku demo. 28hb sejumlah ini dan ini akan berada di sutuh untuk tengok demo depan Masjid Sayeda Zainab. Semuanya sudah tertulis. Seramai ni tidak akan pulang Malaysia dan akan terlibat dalam Ops piramid. Sejumlah ini pula akan plang ke Malaysia lebih awal dan melihat dari jauh sahaja.
Dan sebagai umat islam semua kita tahu, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Si fulan ini akan berada di Malaysia kerana itu yang terbaik untuk dia. Yang Fulan ini pula akan kekal di Mesir dan itu yang terbaik untuk dia. Semuanya telah dirancang dengan rapi. Hanya umat-umat yang terpilih sahaja akan dapat melihat hikmahnya.
Oleh itu, janganlah merungut, jika sudah, beristighfarlah. Aku memohon padaMu Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami.
Rasanya agak penat setelah menghadapi perintah berkurung,darurat, evakuasi, dan sebagainya (selama hampir 2minggu). Tapi, apa yang Allah nak tunjuk, apa yang Allah nak kita buat, kita perlu mencari lagi kan? Sedang mereka berani bangkit, kenapa kita tidak. Cakap memangla senang, cuba buat tengok. Mudah-mudahan Allah beri petunjuk lagi.
'penantian itu satu penyeksaan' pasti ramai yang dah faham dan belajar erti penantian kan? seronok?
15hb:menanti untuk habisnya exam
28hb:menanti untuk diselamatkan
29hb-4hb Feb:menanti untuk perpindahan di ARMA
4hb-8hb: menanti balik Malaysia (5jam di airport untuk visa)
8hb-~~: menanti untuk pulang ke Mesir (ada ka orang menanti?eheh)
p/s: penuhkan penantian dengan perkara yang bermanfaat, khas untuk diri sendiri~~~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecmna ak nk sign in?
ReplyDeletejap ye...ak letak bnde2 yg ptut nnti.
ReplyDelete