Friday, June 17, 2011

Abu Bakar dan Umar

Di dalam kitab Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin, Imam Ibnul Qayyim meriwayatkan, bahawa pada suatu pagi selepas solat Subuh, Umar bin al-Khattab r.a mencari-cari Abu Bakar - setiap hari selepas solat Subuh, Umar selalu melihat Abu Bakar r.a menuju salah satu sudut kota Madinah- Umar tertanya-tanya apa sebabnya, mengapa Abu Bakar sering keluar?

Suatu hari Umar r.a mengikut Abu Bakar keluar, Abu Bakar terus berjalan, tiba-tiba dia memasuki ke sebuah perkemahan terpencil di sana. Tatkala Abu Bakar r.a keluar, Umar r.a masuk.

Tiba-tiba dia melihat seorang tua dan buta bersama anak-anak kecilnya, maka Umar bertanya kepadanya,

"Wahai hamba Allah, siapakah anda?"

orang itu menawab, " Saya adalah seorang tua yang buta, yang tinggal di perkemahan ini, bapa kami sudah meninggal dunia dan bersamaku ada anak-anak perempuan, sementara kami tidak mempunyai pemberi nafkah selain Allah Subhanahu wa Ta'ala"

Umar bertanya lagi, " Siapakah seorang syeikh yang mendatangimu tadi?" (si orang tua itu belum mengenalinya)

Dia menjawab, " Syeikh itu tidak saya kenali, setiap hari dia datang, dia menyapu rumah kami, dia menyediakan makanan untuk kami dan dia juga menyerahkan susu untuk kami"

maka Umar r.a menagis, lalu dia berkata.

"Wahai Abu Bakar, kamu telah menyusahkan para khalifah yang sesudahmu nanti."

Taip kembali dari "Jagalah Allah, Allah menjagamu" - Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni


dan sesungguhnya memang benarlah Abu Bakar r.a telah menyusahkan khalifah selepasnya dengan ibadah dan hubungan yang berkesinambungan dengan Allah taala.

hanya sedikit perkongsian, mungkin kadang-kadang kita terasa penat, letih, give-up, dan bosan dengan keadan dakwah yang kita lalui (tak berkesan la, kena fitnah la, kena kutuk la..terasa juga selepas ada kes terjadi baru-baru ni), tapi...

satu perkara yang kita ingat, apa sahaja yang kita lakukan selama ni, apa saja sakit selama ini yang kita hadapi, pun tak akan mungkin menandingi apa yang RasulAllah dan para sahabat kita hadapi sebelum ni.

hanya ingat kepada idola-idola kita, pasti dan mesti, kita tak akan mampu mengeluh, teruskan bertahan pejuang agama Allah~

1 comment:

  1. kalau rasa letih, carilah pemberi tenaga..
    siapa pemberi tenaga paling hebat?
    ALLAH..

    ReplyDelete