Saturday, May 21, 2011

Keratan Ilmu



Syukur bukanlah bermakna melafazkan kata ‘syukur’ semata. Satu hadis syarif yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi:

“menyebut kalimah Allah itu merupakan kesyukuran dan minggalkan menyebutnya meruapakn kekufuran. Sesiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit tidak akan mensyukuri yang banyak dan sesiapa yang tidak mensyukuri manusia, tidak akan mensyukuri Allah Taala” (Riwayat al-Baihaqi no. 4419)

Syukur adalah tugas seorang hamba kepada Tuhannya. Orang yang tidak bersyukur digambarkan sebagai mereka yang ketandusan budi. Cuba kita renungi, jika seseorang memberi hadiah kepada kita, kepada siapa perasaan sayang sepatutnya diberikan? Kepada barangnya atau pemberinya? Sudah tentu perasaan sayang lebih kepda si pemberi.- SOLUSI

La Tahzan

Jangan bersedih! Kalau memang Anda tak sengaja telah berbuat dosa, cepatlah bertaubat; kalau Anda telah melakukan kejahatan, mintalah ampunan-Nya; dan kalau Anda telah melakukan satu kesalahan, perbaikilah kesalahan itu.

Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu tak terhingga luasnya, pintu ampunan-Nya selalu terbuka dan ampunan-Nya senantiasa melimpah ruah.

Jangan bersedih, karena kesedihan hanya akan menyebabkan urat saraf cepat letih, jiwa mudah tergoncang, hati menjadi lemah, dan fikiran tak tak terarah.

(La Tahzan-Dr Aidh Abdullah Al-Qrani)


Jangan terus2 menjadi 'ignorant'. Jangan terus2 sahaja menerima, mulakan juga untuk memberi, dan teruskan mencari.



Mungkin masih lemah pergantungan kepada Allah,

Mungkin masih ingin jaga hati manusia daripada Allah,

maka..bermulalah untuk berkata yang benar,

Katakanlah yang Benar walau ia pahit..!

sesungguhnya andalah Khalifah di dunia ini...

-untuk diri dan sekufu...


Saturday, May 14, 2011

Dear Spirit, Why Do You Fluctuate?

Sebelum teruskan membaca, tajuk entry kali ni bukan berkisar tentang Atiqah Hanifah nye tajuk untuk Public Speaking aritu ye :P

Bismillahirahmanirahim

Aslm w.b.t

Masing-masing telah pun Allah kurniakan akal untuk berfikir kan? Jadi berfikirlah perkara yang perlu difikirkan. Fikir mana satu yang baik, mana satu yang buruk, apa kesannya kalau kita buat macam ini dan macam mana pula kesannya kalau tak buat macam ini, dan sebagainya. Janganlah kita buat sesuatu tanpa berfikir kerana sebagai seorang dewasa perbuatan kita itu mencerminkan pemikiran kita. Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan?

Sebagai pelajar perubatan di Mesir, saya amat bersyukur. Di sebalik kesusahan/keperitan/tak puas hati dan seumpamanya itu, terdapat kemanisannya yang tersendiri. Masalahnya hanya kita sedar atau tidak sahaja. Jadi penting untuk kita muhasabah diri selalu, kerana kemungkinan di sebalik sesuatu perkara yang terjadi itu, ada hikmah yang tersembunyi.

Saya sedar siapa diri ini, bukanlah layak sangat pun untuk memberi tazkirah. Rasanya bukan tazkirah pun, mungkin sekadar perkongsian. Kalau nak berkongsi pendapat juga amatlah dialu-alukan. We are opened minded after all ;)

Kalau anda berada di Mesir, dan peka tentang keadaan sekeliling rasa sume orang da mula peka sejak revolusi haritu mesti anda perasan apa yang berlaku kan? Bagi mereka yang berada di luar Mesir kalau ada yang sudi baca , baru-baru ni telah diadakan solat subuh berjemaah di tempat bersejarah Medan Tahrir, dan masjid-masjid yang lain di Mesir. Eh, biasa la tu solat subuh berjemaah. Tapi yang ni special sket sebab bilangan orang yang menyertainya amatlah membanggakan. Sampai mencecah bilangan orang yang sertai revolusi? Tak percaya?[klik sini]

Benda ni akan diadakan selama 3 hari berturut-turut, iaitu 13,14 dan 15 Mei 2011. Alangkah bagusnya kalau berterusan sampai kiamat. Benda baik kan, bukan buruk. Rupa-rupanya bukan di Mesir sahaja ada. [klik sini]

Lihatlah kehebatan semangat pemuda Islam di Mesir ini. Saya amat kagum dengan mereka. Memang tabik spring la. Kan seronok kalau pemuda Islam Malaysia terutamanya orang MELAYU mempunyai semangat yang sama?

Sayangnya Malaysia oh tanah airku tiada dalam senarai. Dalam proses kut :-? Mana perginya pemuda Islam di Malaysia? Harap mereka sedar lagi yang mereka itu ISLAM. Bagi yang sedar, Alhamdulillah. Yang belum tu, sedar cepat atau kawan-kawan tolong la sedarkan. Tak takut ke kalau kejap lagi Allah tarik balik nyawa kita ni? Kalau sempat bertaubat Alhamdulillah, tapi kalau tak….nauzubillah. Ini peringatan untuk diri saya dan kawan-kawan juga.

Kalau solat Jumaat pun tak pergi dengan sengaja, macam mana nak solat Subuh berjemaah? Ok, tak perlu cakap solat Jumaat atau solat jemaah, solat wajib lima waktu sehari semalam tu bagaimana pula?

Kata-kata seorang pendeta Yahudi,

“Wahai orang Islam, jangan bermimpi nak kalahkan kami Yahudi seandainya bilangan jemaah untuk solat Subuh tidak sama seperti bilangan jemaah untuk solat Jumaat.”

Tak nak sahut ke cabaran tu wahai kawan-kawan sekalian? Mari kita sama-sama berubah jom!

Kemudian pada 15 March 2011 iaitu bersamaan Ahad ni akan ada INTIFADA’ Palestine ke-3.[klik sini] Menurut kak syila, dia tonton tv kt rumah ustazah ramai pemuda-pemuda dengan beg pakaian masing-masing menaiki bas-bas yang disediakan ke Palestine.

Bagus kan kita lihat mereka ni? Semangat sangat memperjuangkan hak-hak mereka. Itulah kelebihan bangsa Arab berbanding dengan bangsa Melayu ni. bukan nak racist ye Allah ciptakan sesuatu bangsa itu kena pada tempatnya. Tapi saya malas nak ulas panjang sebab sekarang ni hanya nak berkongsi pendapat tentang semangat yang berkobar-kobar ni.

Buku حتى يغيروا ما بانفسهم karya Amru Khalid ada menyentuh tentang semangat pemuda ni. Katanya semangat pemuda ni umpama besi, walaupun keras, namun cepat panas dan cepat juga sejuk. Ketika semangat datang berkobar-kobar, rasa macam semua benda kita boleh buat. Tapi, apabila tak bersemangat, semua benda tak kena. Bak kata orang kampung saya, I takde mood la nak buat benda ni. Masa ni la orang barat ambil kesempatan pada diri kita.

Atau contoh lain yang diberi, seseorang pekerja itu tak mengambil rasuah kerana tahu ianya haram. Tapi bila ada musibah datang menguji, dia tewas dan mengambil rasuah. Tak faham contoh ni, cuba tengok contoh ni pula; seorang ni sewaktu bulan Ramadhan dia berpuasa, rajin beribadah, bersedekah, khatam al-Quran tiap-tiap hari, dan seumpamanya. Namun selepas habis Ramadhan, semua amalan itu semakin berkurang. Malah lebih malang kalau tak buat langsung dah.

Contoh lain, kalau kita ulangkaji pelajaran. Secara jujurnya saya cakap, masa saya rajin untuk study, memang sangat rajin. Tapi bila datang penyakit malas tu, SANGATLAH MALAS.

Memang lumrah manusia itu kejap naik dan kejap turun. Tapi tak mustahil untuk kita tetap teguh di atas jalan itu. Ianya susah tapi tak mustahil. Contohnya dalam sirah sendiri bagaimana Nabi Muhammad s.a.w berjaya mengubah para sahabat dari jahiliah yang dasyat kepada menjadi tokoh-tokoh yang disegani hingga kini. Apa rahsianya? Bagaimana untuk kita thabat atau istiqamah dalam hal ini? Dalam buku tersebut telah digariskan 3 prinsip yang kita harus jadikan pegangan sepanjang hidup.

1 1.Kebenaran yang nyata

2. Menegakkan agama Allah

3. Ketaatan kepada Allah

Selagi mana kita berpegang pada prinsip-prinsip diatas, insyaAllah kekuatan iman dan semangat kita akan sama-sama bertambah, bukannya berkurang. Sama-sama kita berniat untuk berubah kepada yang lebih baik. Wallahua’lam.

Friday, May 6, 2011

Are You A Positive Or Negative Thinker?

Akhirnya keluar juga jadual exam final ni...
Jadi tiada alasan lagi untuk main2 sekarang kan?(soalan utk diri sendiri)
Mari kita sama2 berusaha ;)

Study smart, work hard! and don't forget that Allah is always there for you :)

Bagi mereka yang senang stress seperti saya [=_="], jangan stress sangat. Stress itu bagus tapi kalau berlebihan memudaratkan. Think positive people!
Kat bawah ni ada link best? Test yourself whether you are a positive or negative thinker.
Tak tau la betul ke tak hehe
http://www.mindtools.com/pages/article/newTCS_89.htm