Friday, September 21, 2012

How To Do A Physical Examination?

First of all, congratulations and welcome to the 5th year you guys. I guess this year's gonna be more tough than the previous. More clinical skills to be learn, not to mention the endless medical facts that you need to memorize. May Allah ease us all insyaAllah.

For your information, the medical students in Malaysia already learn and apply the techniques since their 3rd year already. I bet they already master the skill, unlike us a 5th year who knows nothing yet. However, no need to worry because we still have time to learn and practice if we start now. Practice makes perfect as they said, right?

Before examining the patient, we should take the history at first. It's not that difficult to do actually. However,   since there's a language barrier, I guess it is difficult after all. Be it in Egypt or even in Malaysia. Just because you're in Malaysia doesn't mean that all the patients speak Malays. You've got to remember that we are a multi-racial country. So try to learn some of their language or ask for someone that can help you translate.

Okay, here are the general steps :

1. Introduce yourself

This step is very important. Give the patient a proper introduction and ask for their permission at first. If you're going to have to remove their clothes, do consider their modesty. Do it in a closed area and cover them until you're going to do the palpation.

2. Inspection

Carefully observe the patient at first and don't rush to see any specific part. See if whether there's cyanosis/pallor/flush/scar/dypsnoea. 

The Hand

- Skin : The palm and dorsum, sign of palmar erythema, Dupytren's, etc2




<---Palmar erythema = Reddening of thenar and hypothenar muscle



<---Dupytren's contracture (Remember forensic's!!!)





- Nails : Clubbing? Koilonychia? Other nails deformity [ Click Here ]
















- Muscles : wasting of thenar or hypothenar?




























- Joints
- Bony Deformities
- Elbows

3. Palpation

4. Auscultation



to be continue....

Friday, June 17, 2011

Abu Bakar dan Umar

Di dalam kitab Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin, Imam Ibnul Qayyim meriwayatkan, bahawa pada suatu pagi selepas solat Subuh, Umar bin al-Khattab r.a mencari-cari Abu Bakar - setiap hari selepas solat Subuh, Umar selalu melihat Abu Bakar r.a menuju salah satu sudut kota Madinah- Umar tertanya-tanya apa sebabnya, mengapa Abu Bakar sering keluar?

Suatu hari Umar r.a mengikut Abu Bakar keluar, Abu Bakar terus berjalan, tiba-tiba dia memasuki ke sebuah perkemahan terpencil di sana. Tatkala Abu Bakar r.a keluar, Umar r.a masuk.

Tiba-tiba dia melihat seorang tua dan buta bersama anak-anak kecilnya, maka Umar bertanya kepadanya,

"Wahai hamba Allah, siapakah anda?"

orang itu menawab, " Saya adalah seorang tua yang buta, yang tinggal di perkemahan ini, bapa kami sudah meninggal dunia dan bersamaku ada anak-anak perempuan, sementara kami tidak mempunyai pemberi nafkah selain Allah Subhanahu wa Ta'ala"

Umar bertanya lagi, " Siapakah seorang syeikh yang mendatangimu tadi?" (si orang tua itu belum mengenalinya)

Dia menjawab, " Syeikh itu tidak saya kenali, setiap hari dia datang, dia menyapu rumah kami, dia menyediakan makanan untuk kami dan dia juga menyerahkan susu untuk kami"

maka Umar r.a menagis, lalu dia berkata.

"Wahai Abu Bakar, kamu telah menyusahkan para khalifah yang sesudahmu nanti."

Taip kembali dari "Jagalah Allah, Allah menjagamu" - Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni


dan sesungguhnya memang benarlah Abu Bakar r.a telah menyusahkan khalifah selepasnya dengan ibadah dan hubungan yang berkesinambungan dengan Allah taala.

hanya sedikit perkongsian, mungkin kadang-kadang kita terasa penat, letih, give-up, dan bosan dengan keadan dakwah yang kita lalui (tak berkesan la, kena fitnah la, kena kutuk la..terasa juga selepas ada kes terjadi baru-baru ni), tapi...

satu perkara yang kita ingat, apa sahaja yang kita lakukan selama ni, apa saja sakit selama ini yang kita hadapi, pun tak akan mungkin menandingi apa yang RasulAllah dan para sahabat kita hadapi sebelum ni.

hanya ingat kepada idola-idola kita, pasti dan mesti, kita tak akan mampu mengeluh, teruskan bertahan pejuang agama Allah~

Thursday, June 9, 2011

First love: A little thing called love

Jangan terpedaya dengan tajuk. Penulis bukan nak bercerita tentang cinta pertama, kedua atau ketiga. Ianya adalah tajuk kepada sebuah filem Thailand yang baru ditonton baru-baru ni. (cut me some slack will ya =P, release tension sket)

Pada mulanya, penulis hanya ingin menonton Merong Mahawangsa. Ternampak pula tajuk cerita First Love ni. Mesti jiwang giler, kata penulis dalam hati. Saya memang tak suka layan cerita jiwang berkarat, yang sangat lambat jalan ceritanya, meleret-leret dan seumpamanya. Tapi bila cuba preview sket part awal tu, dah rasa tertarik pula. Tertarik pada intro cerita.Jadi pinjamlah pendrive Zahidah untuk sedut cerita-cerita tu hehe.

Nak cerita sinopsis sedikit boleh? haha. Cerita dia macam ni...

Seorang budak perempuan yang tak berapa 'cantik'  ada crush kat seorang senior dia kat sekolah. Selalu skodeng senior tu, sampai sanggup pura-pura nak pergi tandas, tapi sebenarnye pergi lalu kat koridor kelas senior dia tu. Haha. Pendek ceritanya agak mustahil la kalau perempuan tu akan disukai oleh senior dia tu. Tapi kan lepas tu dia berubah jadi cantik, tapi bukan pergi buat plastic surgery. Naturally. Tak tahu la camne nak describe. Kena tengok sendiri.Hehe.

3 tahun berlalu, dan selama itulah dia pendam je perasaan suka dia tu. Tetiba ada kawan hero ni ajak kapel dan oleh kerana tak dapat respon dari hero sendiri heroin pun terimalah. Tapi pastu heroin minta clash sebab tak larat da nak tipu diri sendiri.

Tapi bila dia confess kat senior tu, dia dapat tahu senior tu baru couple dengan senior perempuan lain.(senior perempuan ni baik, tolong heroin dari kena buli). Masa ni memang sedih la. Tapi saya tabik spring kat heroin sebab cool je. Walaupun menangis, tapi maintain cool. Siap doakan lagi senior dia bahagia dengan gf tu.


Ha. Part ni memang tak ble bla. Macam da agak sikit, tapi tak boleh percaya sangat sebab lakonan hero tu memang betul-betul menjadi.Jeng jeng jeng....


Rupa-rupanya hero dah lama suka kat heroin. Sejak jumpa dari tahun 1 lagi. Masa heroin tengah tak cantik lagi. Senyap-senyap dia tangkap gambar heroin. Oh, hero ni minat fotografi. Kiranya mereka berdua ni sama-sama pendam perasaan suka selama 3 tahun. Uish hebat betul. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk bersama.

Sebenarnya hero tak dapat nak berterus terang tentang perasaan dia sebab kawan dia tu.(yang kapel ngan heroin). Kawan dia suruh hero janji takkan bercinta dengan heroin. Tak patut la dia buat camtu dengan kawan. Patutnya kita doakan kebahagiaan kawan kita. Tengok heroin. Kan cool macam tu? Lagi macho dari ex bf dia.

Hero kantoi suka heroin sebab malam selepas heroin nye confession tu, dia buka satu album gambar yang ada  banyak gambar permpuan tu. Siap tangkap gambar tangan dia sendiri sebab dapat pegang tangan heroin( heroin nak terjatuh pentas tapi hero sempat tarik tangan.tapi masa ni tak nampak sangat hero suka heroin)Yang pasal gf hero tu lak, rasanya hero saja buat alasan. Tak kapel betul pun ngan senior perempuan tu.

Akhirnya mereka bersama juga selepas 9 tahun kemudian dalam satu rancangan tv ni. Heroin belajar kat US sepanjang masa tu, pastu baru dia balik Thailand. Hero lak jadi jurugambar full time.\

Antara kesimpulan yang saya dapat dari cerita ini ialah:

1. Kalau dah jodoh.....haha. Paham2 la. Biar la seorang kat timur dan seorang lagi kat barat sekalipun, akan bertemu dan bersama jua akhirnya.

2. Masa penentu segalanya. Timing is everything. Masa mereka di bangku sekolah, masing-masing belum cukup matang. Jadi memang patut pun mereka tak bersama ketika itu. Habiskan belajar dulu. Itu lebih penting. Sekolah lagi kut.....universiti lain la hehe =P

ada banyak lagi boleh diambil pengajaran tapi memandangkan mata penulis da berat, jadi minta izin dahulu la ye....hehe. Kalau rajin nanti update blek.Tapi nak tau tengok la sendiri ;)